Teks : Ros Atiqah Fatin Abdullah
Foto : Google
Assalamualaikum semua.
Adakah anda benar-benar mengenali telinga anda? Dalam entri ini saya ingin berkongsi tentang anatomi telinga manusia dan 3 fungsi utama telinga yang ramai orang biasanya tidak tahu. Teringat pula saya pada satu kata-kata iaitu untuk mengenal Allah, kita mestilah mengenal diri sendiri. Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk belajar tentang sains kesihatan. Ia sekaligus membuka minda saya tentang kebijaksanaan Allah dalam mencipta manusia.
Gambar rajah telinga ini menunjukkan bahagian-bahagian penting untuk telinga berfungsi dengan baik. Telinga manusia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu telinga luar (outer ear), telinga tengah (middle ear) dan telinga dalam (inner ear).
- Telinga luar = Cuping telinga (pinna), saluran telinga (ear canal) dan gegendang telinga
- Telinga tengah = Belakang gegendang telinga, tulang telinga dan saluran Eustachius (Eustachian Tube)
- Telinga dalam = Koklea (cochlear) iaitu organ telinga yang berbentuk seperti siput.
Setiap bahagian telinga ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza bagi memproses bunyi dan membolehkan kita mendengar dengan baik.
FUNGSI TELINGA & PROSES PENDENGARAN :
Video menunjukkan proses pendengaran
- Untuk bahagian telinga luar, cuping telinga akan menangkap bunyi dari persekitaran dan menghantarkan gelombang bunyi melalui saluran telinga sehingga sampai ke gegendang telinga.
- Apabila gegendang menerima gelombang bunyi, ia akan bergetar. Kemudian, ia menukar gelombang bunyi tadi kepada getaran bunyi. Getaran bunyi akan disalurkan terus ke tulang-tulang telinga di bahagian telinga tengah.
- Getaran bunyi dari telinga tengah akan disalurkan kepada bahagian telinga dalam dan ia diterima oleh organ koklea. Organ koklea ini bersambung dengan saraf telinga iaitu saraf auditori. Dalam organ koklea terdapat sel-sel rerambut telinga. Sel rerambut ini akan menukar getaran bunyi yang memasuki koklea kepada impuls (tenaga)
- Sel rerambut akan menghantarkan impuls ke saraf auditori dan seterusnya akan di salurkan ke otak. Otak akan menterjemahkan jenis-jenis bunyi yang kita terima daripada persekitaran.
- Tiub Eustachius (Eustachian Tube) pula bersambung dengan salur tekak dan ia berfungsi untuk menyamakan tekanan dalam telinga.
Ada pepatah Inggeris mengatakan, "We hear with ears but listen with brain." Pepatah ini sangat tepat sekali. Ia bermaksud kita boleh mendengar dengan telinga tetapi kita hanya memahami apa yang kita dengar dengan menggunakan otak. Oleh sebab itu, ada sesetengah orang yang mempunyai masalah pendengaran, mereka dapat mendengar bunyi tetapi tidak memahami bunyi tersebut.
Fungsi telinga yang saya terangkan di atas sekaligus menunjukkan proses bagaimana kita dapat mendengar bunyi setiap hari. Setiap bahagian telinga ada fungsi mereka tersendiri. Oleh itu, sangat penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan telinga dan juga anggota badan kita. Ini kerana, Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Bersyukur selalu kerana kita masih boleh mendengar dengan baik hari ini.
Blackjack, Craps & Casino: What Is the Difference? - Dr.
ReplyDeleteA Blackjack is a 천안 출장마사지 game played with one or two hands. The dealer puts a card in a shoe, 통영 출장샵 and 목포 출장안마 the dealer makes 목포 출장안마 it count. If there's a blackjack that's 충청북도 출장안마